Makluman

Bantuan Awal Khas Persekolahan RM100 Tahun 2013
Akan di adakan pada 22 Januari 2013(ISNIN), jam 10.00am. Bertempat di Dewan Bistari. Semua Ibu bapa (warganegara) di alu-alukan hadir ke Majlis tersebut.

Sambutan Maulidur Rasul & Majlis Penutupan Program Transisi
Akan di adakan pada 25 Januari 2013(JUMAAT), jam 7.15am.Semua warga SKSP wajib hadir dan berpakaian Baju Melayu (Guru Lelaki) & Baju Kurung (Guru Perempuan). .

Pelancaran Program NILAM
Akan di adakan pada 21 Januari 2013(ISNIN), jam 7.30am. Bertempat di Dewan Bistari. Semua Guru & Murid diwajibkan hadir.

Sejarah



LATARBELAKANG SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
      Sk Sg Penchala diasaskan penubuhannya pada 2/2/1939. Bangunannya berukuran 60’x 30’ beratapkan rumbia dan berlantaikan simen  didirikan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor (road reserve) secara bergotong royong oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Dato’ Empat Gasal.  

      Pada awalnya, bilangan murid sekolah ini hanya seramai 50 orang. Berumur antara 8 hingga 13 tahun. 28 murid lelaki dan 22 murid perempuan belajar dalam tahun satu. Gurunya 2 orang termasuk Guru Besar. Iaitu Cikgu Abdul Hadi bin Hj Mohd Said.1942, sekolah ditutup selama 7 bulan kerana berlaku perang dunia yang ke-2. Huru hara dan kepayahan hidup di bawah perintah Jepun menjadikan murid-murid berhenti sekolah. Tinggallah Guru Besar seorang

     Tahun 1946 hingga 1957, sekolah  terus berkembang hinggalah pada tahun kemerdekaan, sekolah ini mempunyai bilangan murid seramai 192 orang dan pernah memiliki guru seramai 6 orang termasuk guru wanita pertama, Cikgu Aishah binti Abdul Majid pada tahun 1950 .

      Disember 1964  bangunan dan kawasan sekolah ditambah seluas 4.2 ekar dan dirasmikan oleh YB Dato’ Harun bin Idris. Pada masa itu fungsi  sekolah bukan sekadar tempat anak-anak belajar. Malah, menjadi pusat kegiatan masyarakat.Hingga pada 7 November 1974, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah didaftarkan. Semenjak itu kerjasama PIBG dan guru menjadi lebih progresif dalam mendidik anak watan.



LENCANA SEKOLAH



KUNING
Ketrampilan Kepimpinan Dan Keunggulan Undang - Undang

BIRU
Kecemerlangan Pendidikan

MERAH
Kegigihan,Ketegasan Dan Keberanian

HIJAU
Penjanaan Insan Kami Dan Berkualiti




LAGU SEKOLAH

Pengetahuan Punca Kejayaan
Marilah kita bersatu hati
Bina ibu pertiwi
Dengan ikhlas,cekal dan suci
Kami rela berbakti
Dengan ikhlas menentang gejala
Kami murid sekolah
Kebangsaan Sungai Penchala
Kami teguh dan tabah
Bersukan kami bersama
Budaya juga sertai
Bersopan dan berugama
Moga diredhai...
Pengetahuan kejayaan kunci bekalan ilmu
Jasa guru kami banggakan
Bantu ayah dan ibu...


FALSAFAH SEKOLAH

Bahawa setiap murid itu harus mendapat kamahiran dan pengetahuan secara lansung
melalui pengalaman dan aktivi pembelajaran yang sesuai dan menarik.

Setiap murid itu harus mendapat peluang secukupnya untuk melahirkan perasaan dan
idea melalui bahasa,muzik,lukisan,larian, lakonan, dan lain-lain pendapat
supaya bibit-bibit kreatifnya tumbuh dan sumbur.

Setiap murid juga harus diberi peluang mendapatkan pengalaman hidup seperti
menghadapi masaalah,bertukar pendapat,membina persefahaman
dan kerjasama,juga harus berkembang secara menyeluruh
dan seimbang dalam intelek,rohani dan jasmani.    












            






No comments:

Post a Comment